aty ♥
aty ♥

Navigation around. Hover!



Diary About try to be a best student :) . aty 16, smk saujana utama . highest ego :). if you think you can do it, that's not imposible to do:) . just think a positive . ordinary girl .i wish i can be a pwincess in my dream :3


Tagboard

The Tiger ♥



Credits

Owner: aty fauziantiey


Malam lailatul qadar




Assalamualaikum !

pejam celik pejam celik dah nak habis dah Bulan Ramadhan :( . ya allah cepatnya masa berlalu . yes memang masa first puasa rasa macam nak cepat2kan habis tapi bila dah akhir2 puasa dia akn rasa lain tau . hanya yang maha pencipta sahaja yang tahu betapa lainnya rasa time akhir2 ni . sebut pasal Bulan Ramadha , bukan shaja kita perlu berpuasa menahan lapar dan dahaga tetapi kita kena lah buat amal ibadat , time ni lah nak kumpul amal ibadat tau . tak semestinya baca alquran or pergi solat terawih tetapi kita perlulah buat benda yang baik2 seperti bersedekah , menahan mulut daripada mencarut dan sebagainya . Bulan Ramadhan ni speacial tau daripada bulan2 yang lain , nak tahu sebab apa .. sebabnya pada bulan ramadhan terdapat malam lailatul qadar iaitu 10 malam terakhir yang mana pada 10 malam itu adalah malam yang terbaik dripada 1000 bulan . malam lailatul qadar ni siapa yang bertuah je yang akan dapat malam ni , kita kena lah cari malam tu sebab malam tu akan dimakbulkan apa shaja hajat kit , insyallah :) .


Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandanagn jumhur ulama' dan umat Islam. Malah ada sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat ia adalah tetap, iaitu pada malam ke 27. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Majoriti Muslim biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini. Mereka akan tekun dan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam. Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi. aty doakan semoga kita semua dapat menjumpai malam yang sungguh bermakna itu , amin ya rabal alamin :) . 










-aty a.k.a nyumnyum-